Conor Maynard digelar The Next Justin Bieber


Tidak dinafikan, perkembangan media sosial yang kian pesat memberi ruang buat individu berbakat untuk mengekspresikan kreativiti dan bakat mereka menerusi platfiorm digital, khasnya di YouTube. Selain ada yang membuat tutorial solekan, ada juga yang mula bina nama di jaluran media sosial ini dengan menyanyi lagu-lagu cover version popular.

Menerusi gaya dan lenggok tersendiri, ada di antara mereka yang cukup besar bakatnya, hingga disunting syarikat rakaman terkenal untuk menjadi sebahagian daripada artis mereka.

Conor Maynard misalnya, mulai mencuri tumpuan ramai apabila kebanyakan lagu-lagu cover version yang dinyanyikan mendapat jutaan tontonan. Sehingga kini, akaun YouTube rasmi miliknya sudah mencecah lebih lima juta pengikut.

Angka tersebut kian bertambah apabila pemuda yang berasal dari Brighton, England ini turut melancarkan single pertamanya, Can’t Say No lebih lima tahun lalu. Lagu tersebut berjaya mendaki carta-carta popular di England lantas memberi ruang buat bintang berusia 24 ini untuk terus membina nama.

Terdahulu, Maynard secara konsisten memuat naik video nyanyian secara cover version di YouTube sejak 2009. Sedari itulah, ramai yang mula buka mata terhadap bakat dan mutu suaranya yang tersendiri.

Dipuji Ne-Yo

Sementara itu, video nyanyiannya yang menjadi viral turut menarik minat penyanyi terkenal, Ne-Yo untuk bersua dan mendengar sendiri suara anak muda ini dengan lebih dekat.

Semuanya bermula apabila Ne-Yo menonton versi Maynard untuk lagu Beautiful Monster.

Perkembangan tersebut nyata memberi ruang lebih besar buatnya untuk terus melebarkan sayap, terutama dalam dunia nyanyian. Terkini, dia membuat penampilan istimewa menerusi lagu All My Love bersama Cash Cash.

Ditanya sama ada gemar apabila ada netizen bandingkannya dengan penghibur, Justin Bieber, Maynard akui lebih gemar andai dikenali dengan identiti dan gaya sendiri.

“Ada juga yang samakan kami hingga ada yang gelar saya The Next Justin Bieber. Tapi, saya tidak mahu jadi seperti sesiapa pun. Saya mahu bina identiti sendiri, sepertimana yang saya lakukan di YouTube.

“Setiap lagu yang saya nyanyikan pasti ikut lenggok cara nyanyian saya yang tidak sama dengan penyanyi asal. Lalu dari situ saya mula kumpul peminat. Bukan sebab mereka suka saya nyanyikan lagu popular, tapi mereka sukakan gaya nyanyian saya yang tersendiri,”akhiri Maynard.

Post a Comment

Previous Post Next Post