Arif Dollah Hey! Tak Malu Ke Terus Jaja Kisah Aku Merogol?


Arif Dollah (kiri) minta Sufi Rashid berhenti kaitkan dirinya.

KONTROVERSI yang melibatkan penyanyi Sufi Rashid dan bekas pengurusnya, Arif Dollah sekali lagi menjadi bualan hangat di media sosial selepas penyanyi itu mengungkit kembali kisah dua tahun lalu itu.

Menyedari namanya menjadi sebutan, Arif atau atau nama sebenar Muhammad Arif Dollah, 32, meminta penyanyi itu berhenti mencipta kontroversi lain yang tidak ada kaitan dengan dirinya lagi.

"Sudah-sudahlah tu nak tuduh saya liwat. Tak penat ke nak ungkin kisah lapuk. Gunalah cara lain untuk naikkan nama sendiri. Kes tersebut pun dah tutup dua tahun lalu sebab tak ada bukti yang mengatakan saya mencabul dia.

"Namun, saya tahu dia memang suka dan tidak akan berhenti cipta kontroversi atau membuat isu panas. Ini juga adalah cara dan strategi yang dia dah atur untuk mempromosikan lagu terbaru dan dia bakal sertai program AF All Stars.

"Saya tak kisah apa yang dia buat, tapi saya nak dia berhenti kaitkan saya dalam mana-mana kontroversi dia lagi," tegas Arif yang hadir ke studio mStar Online di Petaling Jaya pada Selasa.

Ibu Tuntut Sufi Mohon Maaf, Jika Tidak...!


Arif Dollah.

Menerusi temu bual video Sufi yang disiarkan oleh satu akaun Facebook di Singapura, penyanyi kelahiran negara itu mengungkit kembali kisah dirinya dengan menyebut dia dirogol individu yang merujuk kepada bapa tirinya.

Dalam temubual itu Sufi turut mendedahkan dia diarahkan memegang kemaluan bapa tirinya selain diberikan permaianan sebagai balasan melakukan kerja tidak senonoh itu.

Malah Sufi mengambil contoh jika melakukan perbuatan bunuh bukan kesalahan, dia tidak teragak-agak berbuat demikian kepada individu tersebut.

Dalam pada itu, Arif berkata Sufi seakan-akan keliru dengan kenyataannya kerana menerusi video berkenaan dia memberitahu dirogol sedangkan laporan terdahulu mengatakan dia diliwat dan mengalami gangguan seksual.

"Saya sudah menonton video tersebut dan saya lihat dia seperti keliru dengan kenyataannya sendiri. Sebelum ini kata diliwat dan kemudian gangguan seksual.

"Kali ini, dia kata dirogol pula. Saya hairan, dia tak rasa malu ke asyik cakap benda yang sama dan mengaibkan diri sendiri," ujarnya.


Sufi akan sertai program Akademi Fantasia All Stars yang akan disiarkan tidak lama lagi.

Namun begitu, Arif juga kagum dengan keberanian Sufi yang rela membuat pengakuan itu kerana ia menceritakan keburukan diri sendiri.

Ujarnya, Sufi berbuat demikian kerana mahu mengalih perhatian umum kerana ketika ini dia terpalit dengan kontroversi digelar anak durhaka oleh ibunya iaitu Irma Suriana Mahamud.

Pada Mac 2015, Sufi yang merupakan juara program Akademi Fantasia 2015 pernah membuat pengakuan mengalami gangguan seksual yang dilakukan oleh Arif.

Pendedahan itu dilakukan selepas penyanyi dari Indonesia, Tegar Septian membuat laporan polis di Singapura kononnya menjadi mangsa gangguan seksual individu yang sama.

Bagaimanapun Arif dalam mStar Online pada 20 Mei 2015 mendakwa bekas anak tirinya itu bersekongkol dengan Tegar untuk membuat tuduhan tanpa bukti dan akhirnya kes itu ditutup.

"Ia Kisah Hidup Saya Dari Kecil" - Sufi

Sementara itu, Sufi ketika dihubungi mStar Online pada Selasa menafikan bahawa dia sengaja membangkitkan semula kisah tersebut hanya kerana mahukan populariti.

Sufi atau nama sebenar Muhammad Sufi Rashid, 26, berkata video tersebut mengisahkan di sebalik kehidupannya sejak kecil sehingga kini selain untuk dijadikan sebagai inspirasi kepada peminatnya.


"Tujuan video tersebut menceritakan kisah kehidupan saya sejak dari kecil sehinggalah kini. Bukanlah semata-mata nak bangkitkan isu itu semula sebab nak menaikkan nama saya.

"Ada banyak lagi kisah yang saya kongsikan dalam temu bual tersebut untuk dijadikan motivasi kepada peminat. Sebenarnya video itu panjang dan telah dipecahkan kepada tiga bahagian yang berbeza," kata Sufi.

Tambahnya lagi, dia tidak pernah nak mencari atau mencipta kontroversi namun ia telah datang dengan sendiri.

"Saya tak pernah cari kontroversi seperti yang diperkatakan. Malah, ia bukan salah saya sebab semuanya datang dengan sendiri," ujarnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post