Alvin Chong, Adakah Saya Perlu Sekatil Dengan Fattah Amin?


Fattah Amin dan Alvin Chong bakal tampil dengan program realiti, The House pada September depan.

Bersahabat baik dengan Fattah Amin, pelakon Alvin Chong mengakui pernah terfikir sama ada aktor popular itu seorang yang pembersih atau pun sebaliknya.

Kata Alvin, dia tertanya-tanya mengenai perkara itu apabila dia ditawarkan untuk terlibat dalam program realiti The House bersama Fattah yang memerlukan mereka tinggal bersama-sama.

Akui Alvin, perasaan itu timbul kerana dia seorang yang mementingkan kebersihan dan mempunyai masalah Obsesif Kompulsif (OCD).

"Apabila dapat tahu saya kena duduk serumah dengan Fattah, benda pertama yang terlintas adakah dia seorang yang pembersih.

"Adakah saya perlu tidur sekatil dan guna tandas yang sama dengannya? Sebab saya tak suka lantai basah selepas digunakan.


Alvin dan Fattah mula menjadi rapat sejak bergandingan menerusi drama Suri Hati Mr. Pilot.

"Tapi nasib baik, dia juga seperti saya dan tahu menjaga kebersihan. Jadi, tak ada masalah bab itu," katanya kepada mStar Online.

Siri realiti yang menyaksikan aktiviti dua sahabat baik ini di Hutan Belum, Perak akan mula ditayangkan pada 20 September depan.

Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi drama Suri Hati Mr Pilot sekali lagi bakal membawakan watak sebagai seorang mualaf.

Menurut Alvin, menerusi drama tersebut terdapat babak di mana dia sedang bersolat, membaca Al-Quran dan melaungkan azan dan berharap penonton tidak salah faham.


Alvin pertama kali bekerjasama dengan Emma Maembong.

“Watak ini sangat berat kerana saya merupakan seorang mualaf yang masuk Islam dengan sendirinya.

"Banyak babak saya kena solat dan juga azan, tetapi babak itu akan dialih suara. Jadi, saya harap penonton tidak salah faham dengan apa yang saya lakukan,” jelasnya.

Sebelum ini Alvin pernah dilanda kontroversi apabila beberapa dialognya seperti memberi salam di dalam drama Suri Hati Mr Pilot menjadi perdebatan netizen.

Drama Awak Suka Saya Tak dijangka akan ditayangkan pada bulan Oktober nanti.

Alvin diberi tanggungjawab yang lebih besar dengan membawa peranan seorang hero disamping pelakon Emma Maembong.

Post a Comment

Previous Post Next Post