Wani Kayrie beri tumpuan pada SPM


PENYANYI, Wani Kayrie mengakui masih aktif menerima undangan menyanyi meskipun bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), hujung tahun ini.

Bahkan, selebriti berusia 17 tahun ini tidak berhasrat memperlahankan aktiviti seninya setakat ini.

Bagi Wani tiada istilah ‘berehat sementara’ tetapi pelajaran tetap menjadi keutamaan.

“Alhamdulillah, setakat ini prestasi pelajaran saya tak terganggu,” katanya kepada Media Hiburan.

Bagaimanapun, pelantun lagu Jangan Jangan ini hanya akan memberi tumpuan sepenuhnya untuk SPM, pada November depan.

“Ketika itu, saya hanya akan memberi perhatian kepada SPM dan tak akan menerima apa-apa tawaran,” katanya.

Pada masa sama, penyanyi lagu Berteman Saja ini bersyukur apabila ibu bapanya memberi kebebasan membuat keputusan sendiri tetapi dia tetap mengambil kira pandangan ibu bapa.

“Lagipun, saya lebih gemar berbincang dengan ibu bapa dan dan mereka sangat membantu saya,"katanya.

Berbicara mengenai nyanyian, pemilik nama penuh, Syazwani Abdullah ini mengakui teruja merakamkan single Kumbang dan Bunga duet bersama Viral.

Wany juga menganggap kesempatan ini sebagai peluang yang tidak boleh ditolak.

Lebih istimewa, single yang dilancarkan sejak lima bulan lalu itu juga terpilih menjadi lagu tema untuk drama bersiri Hikayat Cinta Si Pematah Hati, baru-baru ini.

“Sejak menjadi lagu tema drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati, ia banyak membantu mempromosikan single tersebut.

“Jauh di sudut hati, saya gembira lagu itu semakin menjadi perhatian pendengar,” katanya.

Dalam perkembangan lain,Wani muncul dengan single solo terbaru, Aku Suka Kamu ciptaan Audy Mok dan lirik oleh Shazzy.

Post a Comment

Previous Post Next Post