Siti Saleha selamat bergelar isteri


Siti Saleha selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya Ahmad Lufti Azhar, 31, dengan sekali lafaz jam 3.40 petang tadi.

PELAKON berdarah kacukan, Siti Saleha selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya Ahmad Lufti Azhar, 31, dengan sekali lafaz jam 3.40 petang tadi.

Lufti memberi mas kahwin berjumlah RM500, namun jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Pasangan ini dinikahkan bapa Saleha sendiri, Mohd Baharum Abdul Rahman dihadapan Imam Masjid Taqwa TTDI Jaya, Mohd Fadlullah Md Noor dalam satu majlis di TPC, Kuala Lumpur selepas lapan bulan mengikat tali pertunangan.

Lufti membawakan tujuh dulang hantaran manakala Saleha membalas dengan sembilan dulang.


Siti Saleha selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya Ahmad Lufti Azhar, 31, dengan sekali lafaz jam 3.40 petang tadi.

Saleha tampak menawan memakai busana dari Innai Red.

"Syukur akhirnya semua dipermudahkan dan doakan agar kami terus bersama di dunia dan akhirat.

"Terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan memeriahkan majlis kami pada hari ini," kata pelakon 7 Hari Mencintaiku ini.

Lufti yang juga seorang pegawai kerajaan dan Saleha, 27, mula berkenalan pada tahun 2016 dan Lufti telah melamar Saleha di Cancun, Mexico sewaktu mereka menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka.

Esok, majlis resepsi pasangan mempelai ini akan diadakan dengan tema rustic romantic.

Post a Comment

Previous Post Next Post