Sheikh Muszaphar
TAHNIAH diucapkan kepada angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar kerana isterinya telah selamat melahirkan bayi kembar lelaki semalam.
Pastinya kelahiran cahaya mata kali ini merupakan saat paling manis buat Sheikh Muszaphar dan isteri kerana pertama kali menyambut kelahiran bayi kembar.
Apa yang lebih teruja adalah kelahiran kembar ini telah berkongsi tarikh hari lahir yang sama dengan bapa mereka.
Terbaru menerusi perkongsian gambar Sheikh Muszaphar bersama anak kembarnya di akaun Instagram miliknya, di wajahnya terpancar sinar kegembiraan dan kebahagiaan sambil mendukung kedua-dua bayinya itu.
Memetik laporan Media Hiburan, di ruangan kapsyennya pula dia mengatakan wajah kedua-dua bayinya ini kelihatan sangat seiras dan itu membuatkan dia terpesona melihat mereka berdua.
"Trying to bond with the twins ... It fascinates me on how much they look so alike.
Am truly enjoying every moment of parenthood," tulis kasyennya.
Sekali lagi ucapan tahniah daripada kami di MH Online di atas kelahiran dua ahli baru dalam keluarga Sheikh Muszaphar dan isteri.
Semoga dengan kehadiran ahli keluarga baru ini akan menambahkan lagi kebahagiaan dan keceriaan dalam keluarga mereka. Didoakan juga agar bayi kembar ini membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh buat kedua-dua ibu dan bapa mereka.
Sedikit info tentang Sheikh Muszaphar, pada 10 Oktober 2007 dia telah berlepas ke angkasa dengan menaiki Soyuz TMA- 11 yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Misi selama 11 hari itu telah berjaya dilangsungkan dari 10 Oktober 2007 jam 9.21 malam waktu Malaysia dan selamat kembali ke bumi pada 21 Oktober 2007 pada jam 6.44 petang waktu Malaysia.
Apa yang membanggakan adalah, dia merupakan orang Islam pertama yang menjalani ibadah puasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri di angkasa lepas.