Ardell Aryana kagumi Datuk Aliff Syukri


PELAKON dan pengacara, Ardell Aryana kagum dengan kejayaan pengasas jenama D’Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.

Lantaran itu, selebriti berusia 27 tahun ini ingin mengikut jejak langkah usahawan muda itu dengan menceburi bidang perniagaan sejak dua tahun lalu.

“Sebenarnya, dia idola saya dalam bidang perniagaan.

“Saya kagum kerana Aliff bukan saja berjaya dalam bisnes malah keluarganya juga kelihatan terjaga dan rapi.

“Sebenarnya, saya sangat mencontohi dia,” katanya kepada Media Hiburan.

Kini, pelakon drama bersiri Wadi ini mengusahakan perniagaan sendiri iaitu Ardell Beauty dan Kek Lapis Kak Dell selain berhasrat buka syarikat perancang perkahwinan dalam masa terdekat.

Tambahan pula katanya, bidang perniagaan merupakan jaminan masa depannya.

“Saya mula serius berjinak-jinak dalam bisnes apabila usia meningkat 25 tahun.

“Saya rasa, kita semua perlu ada target dalam hidup. Sasaran utama saya adalah memiliki rumah apabila umur mencecah 30 tahun.

“Saya mahu bisnes jadi keutamaan manakala aktiviti seni pula dijalankan separuh masa nanti,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ardell sedang menunggu dua filem lakonannya iaitu Kolestrol VS Cinta dan Surf This Love ditayangkan di pawagam pada September depan.

Post a Comment

Previous Post Next Post