Sherry Ibrahim Jauhi Sikap Tamak


SEJAK akhir-akhir ini kelibat aktres Sherry Ibrahim jarang dapat dilihat di televisyen dan ramai mula merindukan lakonannya.

Kali terakhir drama lakonannya ditayangkan adalah menerusi Tuhan Jagakan Dia dan Dengan Nama Allah pada tahun lalu dan sejak itu tiada lagi projek terbaharu melibatkannya.

Sudah tiada tawarankah? Atau merajuk?

Persoalan itu diajukan sendiri kepada tuan punya badan dan Sherry memberitahu dia rindu hendak berlakon namun jadualnya kini terlalu padat dan terpaksa menolak tawaran diberikan kepadanya.

Jelasnya, dia kini sibuk mengembangkan produk kecantikannya miliknya iaitu Deeja Cosmetic yang diusahakan bersama rakan kongsi sejak tahun lalu.

"Tawaran memang ada tetapi kebanyakannya drama bersiri episod panjang dan mengambil masa lama di lokasi penggambaran.

romosi dalam memperkenalkan lagi produk keluaran saya.

"Rindu itu memang ada tetapi saya tidak mahu menyusahkan pihak lain kerana tidak dapat berikan sepenuhnya komitmen," katanya kepada mStar Online.

Sherry ditemui pada sidang media KL Raya Festival 2017 yang diadakan di sini, Selasa.

Festival yang dianjurkan oleh Mood Republik itu bakal diadakan selama 72 jam tanpa henti bermula 16 Jun hingga 19 Jun depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam pada itu, Sherry berkata, walaupun boleh menyesuaikan jadualnya di antara perniagaan dan lakonan namun dia enggan bersikap tamak dan melakukan semua perkara di luar kemampuannya.

ia akan merugikan diri sendiri.

"Pada saya lebih saya fokus kepada satu-satu perkara terlebih dahulu dan tambahan pula produk yang saya keluarkan masih baru.

"Jadi buat masa ini biarlah saya utamakan kepada bidang perniagaan terlebih dahulu dan Insya-Allah apabila sudah stabil sikit saya akan kembali berlakon," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Sherry berkata, Ramadan nanti dia akan sibuk dengan jelajah KL Raya Festival 2017 yang bukan sahaja diadakan di PWTC sebaliknya beberapa buah negeri lain seperti Perak, Kelantan, Kedah, Terengganu dan Johor.

Selain itu, seperti mana umat Islam lain, Sherry berkata, kedatangan bulan puasa juga akan digunakan sebaiknya untuk melakukan ibadah dan membuat kebaikan.

Post a Comment

Previous Post Next Post