Running Man tambah dua lagi ahli


Yang Se chan (Kiri) dan Jeon So Min (kanan), dua ahli baru yang ditambah di dalam rancangan variasi popular, Running Man.

PROGRAM variasi popular, Running Man akan menambah dua orang lagi ahli tetap dalam usaha mengembalikan rating rancangan tersebut lapor Koreaboo.

Dua ahli baru tersebut adalah Yang Se Chan dan Jeon So Min, kedua-dua mereka pernah beberapa kali muncul di dalam program tersebut di mana episod itu mendapat rating yang tinggi.

Dengan tambahan dua ahli baharu itu, pihak produksi kini mencari idea untuk menambah baik program itu bagaimanapun setakat ini, segala maklumat masih tidak diketahui.

Penggambaran dua orang ahli baharu tersebut bermula hari ini bersama dengan ahli asal iaitu Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, Kim Jong Kook, Haha, Lee Kwang Soo dan Song Ji Hyo.

Post a Comment

Previous Post Next Post