PRIYANKA CHOPRA
BUKAN satu, sebaliknya dua buah filem yang bakal dibintangi aktres terkenal, Priyanka Chopra yang akan membuat penampilan semula di Bollywood dalam masa terdekat.
Menurut portal DNA India, aktres itu dikatakan telah memberikan persetujuan untuk terlibat dalam sekurang-kurangnya dua buah filem selepas mencipta nama di Hollywood sebelum ini.
Cuma, tidak dapat dipastikan sama ada pelakon itu bakal menerajui filem-filem berkenaan atau pun sekadar tampil sebagai cameo semata-mata.
Kali terakhir Priyanka terlibat dalam produksi perfileman India adalah menerusi filem Jai Gangaajal arahan sutradara Prakash Jha pada tahun lepas.
Ketika ini, pelakon itu sedang menanti tayangan filem terbaharu lakonannya, Baywatch yang dijangka menemui penonton pada penghujung bulan depan.