Ikrar cinta, nyanyian Farahdhiya


LAKONAN Masih menerima tawaran berlakon, namun disebabkan kepadatan jadual dengan tawaran mengadakan persembahan pada setiap hujung minggu, Farahdhiya sukar membahagikan masa untuk lakonan.

Tempahan tempat duduk boleh dibuat menerusi laman web www.airasiaredtix.com atau di Rock Shop, Hard Rock Cafe. Peminat juga boleh membuat tempahan atau mendapatkan maklumat lanjut dengan menghantar WhatsApp ke talian 019-361 1535.

Elak suami orang

Pertemuan dengan Farahdhiya tidak sah tanpa topik wajib iaitu soal jodoh dan lelaki, sementelah sehingga kini, hatinya masih belum dimiliki mana-mana jejaka.

Mengakui selesa untuk mencari seorang lelaki yang matang sebagai pasangan hidup, Farahdhiya bagaimanapun sekeras-kerasnya mahu menolak cinta lelaki yang berstatus suami orang.

“Sebolehnya saya akan mengelak untuk berkenalan dengan lelaki yang sudah beristeri. Minta dijauhkan daripada semua perkara sebegitu. Tanyakan kepada mana-mana perempuan pun, perkara pertama yang akan dikira apabila ingin berkenalan adalah status lelaki tersebut.

“Apa yang saya harapkan hanya dipertemukan dengan seorang lelaki matang tetapi usianya bukanlah seperti seorang ayah kepada saya. Ayah saya sendiri pun pernah cakap, kalau mahu cari calon suami jangan ambil yang terlalu berumur,” ujarnya yang tidak kisah andai calon suaminya berumur 50 tahun asalkan berstatus bujang.

Bakal genap usia 33 tahun pada 28 April nanti, Farahdhiya mengakui sikapnya yang tidak gemar bersosial turut menyumbang kepada kegagalannya mencari pasangan hidup.

“Sibuk memang sibuk tetapi satu hal yang paling besar ialah saya seorang wanita yang tidak suka bersosial. Saya asyik terperuk di rumah, macam mana mahu berjumpa dengan orang.

“Lagipun, saya mempunyai tanggungjawab menjaga ayah yang sakit. Lebih-lebih lagi sejak dia jatuh sakit pada tahun lalu sehingga beberapa kali dimasukkan ke hospital, lagilah saya tiada masa untuk diri sendiri.

“Alhamdulillah, sekarang kesihatan ayah semakin pulih. Memandangkan usia semakin meningkat, tahun ini saya berjanji kepada diri sendiri untuk keluar bersosial walaupun sehingga ke hari ini saya masih belum sempat melakukannya,” tutupnya sambil ketawa.


MESKIPUN dunia nyanyian adalah perkara pertama yang dilakukannya semenjak terjun ke lapangan industri hiburan bermula pada usia belasan tahun, hakikatnya tuah dalam bidang nyanyian sukar digapai oleh penyanyi dan pelakon jelita Farahdhiya.

Popularitinya lebih terarah ke pentas lakonan selepas bergelar pelakon menerusi drama popular Mencari Arah Kiblat pada 2007. Kemunculannya dalam drama Spa Q pada 2008 pula melebarkan lagi sayapnya sebagai pelakon.

Masa berlalu pantas, biarpun lebih dikenali sebagai pelakon, Farahdhiya tidak pernah meninggalkan kecintaan sejatinya terhadap nyanyian. Selepas muncul sebagai naib juara program Gegar Vaganza musim kedua (GV2) pada tahun lalu, Farahdhiya kembali memanaskan enjin nyanyiannya dengan harapan mahu memahatkan semula namanya di persada muzik.

Muncul dengan sebuah single baharu berjudul Milikku Abadi ciptaan Tam Spider selepas beberapa bulan menamatkan penyertaan dalam GV2, percubaan Farahdhiya bagaimanapun belum membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Entah di mana silapnya, pelantun lagu Bertakhta Di Hati itu mengakui sukar untuk mengukir namanya selaku penyanyi seiring dengan dunia lakonan biarpun sangat mementingkan kualiti dalam pemilihan lagu.

“Saya mengaku masih ada sesetengah peminat yang bertanya, kenapa saya diam tanpa sebarang produk terbaharu selepas tamat program Gegar Vaganza, sedangkan saya ada lagu baharu dan tidak pernah meninggalkan nyanyian. Saya tidak pasti apa sebabnya apabila lagu tersebut tidak berjaya. Ia adalah situasi yang berlaku di luar kawalan saya.

“Ada lagu yang sedap dan saya berharap ia boleh pergi jauh tetapi sebaliknya berlaku,” lontarnya hampa usai sidang akhbar Farahdhiya Live at Hard Rock Cafe Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kecewa dan terkilan, namun penyanyi yang dilahirkan di Itali itu langsung tidak menjadikan kegagalan single Milikku Abadi sebagai alasan untuk hilang semangat.

Selepas menyedari lagu Milikku Abadi tidak berjaya menembusi jiwa peminat, dia tidak menunggu lama untuk kembali dengan sebuah lagi single terbaharu berjudul Kepada Dia.

Lagu ciptaan Hang Nadim yang diterbitkan pada awal Januari lalu turut digunakan sebagai lagu tema sebuah drama berjudul Sumpah Ibu untuk siaran stesen TV9.

“Bagi saya, lagu ini sangat istimewa kerana ia mempunyai jiwa. Liriknya sangat mendalam dan terarah tentang kecintaan kepada Tuhan.


PLATFORM Pernah melalui zaman kegemilangan ketika lagu hitnya Bertakhta Di Hati merajai corong-corong radio, Farahdhiya bagaimanapun mengakui fenomena tersebut tidak setanding dengan impak yang diterimanya menerusi penyertaan dalam GV2 pada tahun lalu.

“Saya menaruh harapan tinggi terhadap lagu ini kerana ia memang sebuah lagu yang bagus dan berkualiti. Saya tidak mahu menerima nasib sama sebagaimana lagu Milikku Abadi dahulu,” tegasnya.

Bukan sombong

Ditebak dengan usikan, adakah wajahnya yang kelihatan sombong menjadi salah satu penyebab kesukarannya menawan hati ramai, hanya ketawa kecil yang terbit dari bibir Farahdhiya.

Tidak melatah dengan telahan disuakan ke mukanya, dia juga tidak menafikan faktor paras rupa yang dimiliki menjadi salah satu alasan dirinya sukar didekati. Ironinya, wanita berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu berkata, hanya individu yang benar-benar mengenalinya secara dekat tahu sikapnya yang sebenar, luar dan dalam.

“Paras rupa saya memang begini, nampak seperti sombong tetapi apa boleh saya buat kerana memang dilahirkan sebegini. Takkanlah perlu buat pembedahan plastik untuk menjadikan muka saya sentiasa tersenyum (ketawa).

“Muka saya mungkin nampak serius tetapi dalaman bukan begitu. Saya tidak mampu untuk mengubah persepsi orang ramai yang beranggapan saya sombong. Hanya mereka yang kenal dan berkawan lama tahu bagaimana gila-gilanya perangai saya. Sebab itu pepatah Inggeris ada berkata, jangan menilai sesebuah buku berdasarkan muka depannya semata-mata,” selorohnya.

Persembahan di Hard Rock

Senggang masa 12 tahun bergelar anak seni, tahun ini mencatat sejarah peribadi buat anak bongsu daripada dua beradik itu apabila berpeluang buat pertama kali mengadakan persembahan Farahdhiya Live at Hard Rock Cafe Kuala Lumpur.

Bakal berlangsung pada 30 April ini, Farahdhiya ternyata teruja dengan peluang tersebut. Menjelang persembahan berkenaan, sebanyak 13 buah lagu bakal disajikan termasuk lagu-lagu daripada album sulungnya, Bertakhta Di Hati yang dikeluarkan pada 2004.

“Alhamdulillah. Bagi saya, ini adalah rezeki yang tidak ternilai sebab tidak semua orang dapat peluang besar sebegini untuk mengadakan persembahan eksklusif seperti di Hard Rock Cafe.

“Saya tidak kisah dengan pandangan negatif pihak lain yang mungkin akan bertanya, mengapa baru sekarang mahu buat persembahan? Bagi saya, lebih baik sekarang walaupun agak terlambat,” ujar pemilik nama lengkap Farahdhiya Mohd. Amin itu gembira.

Bagi membuka peluang kepada lebih ramai penonton menyaksikan persembahan tersebut, tiket masuk ke persembahan Farahdhiya Live at Hard Rock Cafe Kuala Lumpur hanya dijual pada harga serendah RM50.

Post a Comment

Previous Post Next Post