Deepika Padukone tolak Shah Rukh Khan


Deepika Padukone

Aktres Deepika Padukone dilaporkan telah menolak tawaran melakonkan watak heroin dalam filem terbaharu Shah Rukh Khan (SRK) bertajuk Anaand L Rai kerana mempunyai komitmen lain.

Menurut sumber, Deepika sebenarnya sangat tertarik untuk kembali bergandingan dengan SRK selepas Chennai Express dan Om Shanti Om. Dia bagaimanapun terpaksa berbuat demikian kerana telah berjanji untuk berlakon bersama kekasihnya, Ranveer Singh menerusi sebuah filem lain yang kebetulan bertembung waktu penggambaran dengan filem SRK.

Menurut sumber, biarpun terpaksa menolak tawaran tersebut, hubungan Deepika dan SRK masih berjalan lancar.

“Tawaran itu terpaksa ditolak kerana tarikh penggambaran filem SRK telah bertembung dengan projek Deepika bersama Ranveer bertajuk Padmawati.

“Deepika sangat mementingkan janji dan memandangkan pengarah Padmavati, Sanjay Lela Bhansali lebih dahulu menawarkan skrip, maka dia perlu bersikap adil,” ujar sumber.

Post a Comment

Previous Post Next Post