Dazrin Kamarudin bakal nikah ketua pramugari


Pelakon Dazrin Kamarudin mengesahkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan Nur Fazulin Razali menjelang 6 Mei ini.

Dazrub berkata majlis akan nikah akan berlangsung di Hotel Avilion Legacy, Melaka, pada 6 Mei ini, jam 11 pagi.

Dazrin, 29, mengenali bakal isterinya Fazulin, 33, ketua peramugari sebuah syarikat penerbangan yang berpengkalan di Jeddah, Arab Saudi menerusi aplikasi Smule, kira-kira dua tahun lalu.

“Saya memang suka menyanyi dan dia pun berkongsi minat sama. Daripada situ, kami serasi dan melangkah ke fasa seterusnya,” kata Dazrin.

Mengulas lanjut keperibadian bakal isterinya, Dazrin berkata Fazulin wanita yang teliti dan banyak membantu dalam menguruskan jadual kerjanya.

“Jadual saya semakin teratur dengan adanya bantuan Fazulin. Mungkin kerana kerjanya sebagai ketua peramugari, dia bijak menguruskan banyak benda,” katanya.

Ditanya mengapa sebelum ini tidak pernah berkongsi sebarang maklumat mengenai bakal isterinya, Dazrin menegaskan dia tidak mahu terlalu terburu-buru.

“Apabila semuanya sudah sedia untuk diumumkan, baru saya kongsi. Lagi pun, benda baik tak patut disembunyikan,” katanya.

Dazrin baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama Jangan Ikut Aku yang bakal bersiaran di TV3 tidak lama lagi.

Post a Comment

Previous Post Next Post