Kejutan Aeril Zafril buat Wawa sampai ke Lombok semata-mata nak rakam video hindustan.
DEMI menyambut hari kelahiran isteri tersayang, pelakon, Aeril Zafrel telah membuat kejutan dengan membawa Wawa Zainal ke Lombok.
Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Sunari, 29 memberitahu Nur Hawa Zainal Abidin, 26 atau lebih dikenali sebagai Wawa bahawa mereka akan ke Pulau Langkawi namun membuat kejutan dengan membawanya ke Lombok.
Selain itu, kejutan lain yang dibawakan Aeril adalah dengan membawa satu produksi untuk merakamkan video pasangan tersebut menari lagu hindustan serta turut menghadiahkan sehelai tudung berserta ucapan daripada dirinya.
Difahamkan, Wawa sebenarnya sudah lama menyatakan hasrat untuk membuat rakaman video bersama produksi tersebut.
"Kali ini buat suprise birthday (kejutan hari lahir) kat Wawa, buatkan tudung special (istimewa) untuk dia dan jadikan dia heroin hindustan," tulis Aeril di laman Instagram miliknya.
Sementara itu, Wawa juga turut berkongsi video itu di laman Instagram miliknya berserta kapsyen.
"The best birthday suprise ever (Kejutan hari lahir terbaik)," tulisnya.
Aeril Zafril dan Wawa Zainal berkahwin pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata Ahmad Fakharuddin Attar, 4, dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 2 tahun.