Nazz Azmin dapat sokongan rakan hasilkan vidgram


Nazz Azmin

JEJAKA yang menggunakan akaun @nazz.azmin ini mengakui dirinya kini giat untuk memuat turun video di Instagram setelah mendapat sokongan rakan-rakan terdekat.

Terang Nazz atau nama sebenarnya Mohamad Nasrulhaq Azmin ini lagi, kecintaannya terhadap dunia vidgram (video Instagram) kian bercambah apabila ramai pengikut minat video dihasilkannya.

“Kalau nak diikutkan, saya mula terjebak dalam dunia vidgram ini pada tahun lalu, iaitu selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Memandangkan pada ketika itu saya ada banyak masa terluang, jadi saya suka-suka rakam video pendek lalu muat turun di Instagram.

“Tapi tak sangka pula ramai suka. Malah kawan pun banyak beri komen dan idea untuk saya hasilkan video yang lebih baik, agar dapat menarik minat netizen.

“Malah, ada juga turut bantu bila saya perlukan bantuan dalam penghasilan video.

“Jadi, dari sekadar hanya suka-suka, kini ia menjadi anda cara saya untuk menggembirakan pengikut di Instagram,” kata pemuda berusia 19 tahun ini yang kini sudah pun mempunyai lebih 12,000 pengikut di laman Instagram.

Selain Instagram, Nazz juga turut mempunyai beberapa medium media sosial lain iaitu Twitter dengan menggunakan akaun mohd_nasrulhaq dan FB page (Mohd Nasrul Hulk).

Katanya, antara video yang paling dapat perhatian netizen hingga menjadi tular di media sosiai alah video bertajuk Pepsi Challenge.

“Video tersebut sudah ditonton lebih 75,000 kali. Selain video itu, ada beberapa lagi video yang turut mendapat perhatian. Alhamdulillah, rasa gembira sebab apa yang saya buat mendapat respon baik netizen,” jelas Nazz yang turut menambah, dia mendapat idea merakam video berdasarkan apa dilihatnya di sekeliling.

Minat modeling, lakonan

Sementara itu, anak kedua daripada tiga beradik ini turut akui mempunyai minat terhadap dunia lakonan dan modeling.

Baginya, sebagai seorang remaja, tidak salah mencuba sesuatu yang baru asalkan ia tidak melampaui batas, sehingga boleh menjejaskan reputasi diri dan keluarga.

“Ada juga minat berlakon dan modeling. Namun kekangan pengajian menyebabkan saya terpaksa lupakan ia seketika.

“Tetapi mungkin selepas tamat belajar, saya mahu hadiri uji bakat. Belum cuba belum tahu kan? Apa pun saya percaya pada rezeki dan jika ada usaha berterusan, pasti impian kita itu akan menjadi kenyataan, Insya-ALLAH,” akhiri anak muda kelahiran Ipoh, Perak ini lagi.

Post a Comment

Previous Post Next Post