Hazama, Genervie Kam sah suami isteri


Pernikahan pasangan ini berlangsung di sebuah villa di Gombak, Selangor pagi tadi.

JUTAAN tahniah diucapkan kepada penyanyi, Hazama dan pasangannya, Genervie Kam yang telah selamat diijabkabul pada jam 10.30 pagi tadi dengan mas kahwin, RM300.

Menurut laporan BHOnline, majlis pernikahan itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat pasangan ini sahaja di sebuah villa di Gombak.

Menurut Hazama atau nama penuhnya Hazama Azmi, kedua-dua buah keluarga sudah bersetuju untuk melakukan perkara yang wajib sahaja dahulu.

“Ini adalah permintaan saya dan keluarga kedua-dua belah pihak pun bersetuju melakukan apa yang wajib sahaja.

“Cukuplah sekadar majlis ringkas untuk meraikan saya dan isteri, penyatuan ini cukup memberikan kebahagiaan bermakna walaupun tanpa kenduri besar-besaran,” katanya.

Kedua-dua mempelai ini telah mengenali hati budi masing-masing selama hampir lima tahun dan selesa melangsungkan perkahwinan dengan cara yang sederhana tanpa mengadakan majlis besar-besaran.

Post a Comment

Previous Post Next Post