
PELAKON dan penyanyi Raffi Ahmad disenarai sebagai salah seorang selebriti paling kaya di Indonesia kerana selain menceburi bidang lakonan dan nyanyian, lelaki itu turut menjana pendapatan menerusi jaringan bisnes.
Dek kerana memiliki sumber kewangan yang melimpah-ruah, Raffi menggunakan pendapatannya untuk membeli kenderaan mewah jenama Lamborghini jenis LP700 Roadster 2013 berwarna biru cerah.
Menurut laporan Kapanlagi.com, kereta tersebut dibeli oleh Raffi pada harga 12 juta rupiah (RM4 juta) dan hanya terdapat empat unit sahaja di negara itu.