Fattah Amin, Saya Melalui Satu Ujian Hebat


Pelakon Fattah Amin menjelaskan kontroversi melibatkan isu cintanya ketika ini adalah satu ujian dan secara tak langsung mengujinya menjadikan dia seorang individu yang hebat.

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 26, berkata setiap selebriti akan melalui fasa ujian yang berbeza dan ketika ini ujian hebat itu dilalui olehnya.

"Pada pandangan saya setiap selebriti yang melalui fasa peningkatan akan setiasa diuji. Setiap orang akan melalui ujian berbeza dan waktu ini adalah waktu saya diuji.

"Apa-apa pun saya percaya untuk menjadi orang yang hebat dugaannya pasti hebat. Saya mohon semua peminat terus doakan saya terus kuat untuk melalui proses ini," ujarnya kepada mStar Online menerusi mesej secara WhatsApp pada Rabu.


Neelofa mengakui hubungan dengan Fattah semakin rumit.

Fattah mengulas tentang kontroversi cintanya dengan pelakon Neelofa yang mengaitkan nama orang ketiga iaitu aktres Tania Hudson.

Terdahulu, Neelofa mengakui baharu mendapat tahu tentang berita berkenaan dan kesal dengan perkara yang berlaku.

Dalam pada itu, Fattah berkata dia enggan mengulas panjang bagi mengelakkan kontroversi berterusan.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada media yang menyokong saya selama ini. Berkenaan komen balas kenyataan Neelofa itu saya tidak mahu memanjangkan lagi isu ini," ujarnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post