Saida sah isteri Apit


Penyanyi Saida Tarudin yang juga kakak kepada penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza selamat diijabkabulkan dengan kekasihnya, Hafiizh Che Apit Mat atau Apit dengan sekali lafaz jam 2.40 petang tadi.

Dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Al Muklisin, Alam Damai Cheras itu Apit yang bekerja dalam perkhidmatan pengurusan acara, kamera video dan produksi menyerahkan mas kahwin RM80 dan wang hantaran RM10,000 kepada Saida.

Saida turut menerima tiga dulang hantaran berbalas lima. Pasangan mempelai menggayakan rekaan KS Entourage dan didandan jurusolek terkenal, Epie Temerloh.

Majlis yang berlangsung dalam suasana sederhana dan tertutup itu hanya dihadiri

Saida menerusi kenyataan media yang dihantar memohon maaf kerana tidak menjemput media.

“Atas permintaan keluarga termasuk anak saya, majlis ini diadakan tanpa teman media. Banyak hati yang perlu dijaga. Apatah lagi, ini perkahwinan kedua saya dan suami.

"Saya dengan rendah hati memohon maaf di atas kesulitan ini.

“Saya menyedari hal yang baik ini wajar dikongsi. Apa pun diharap semua pihak mendoakan kebahagiaan saya dan suami. Ketika ini kita selesaikan dahulu majlis nikah. Insya-Allah akan diadakan majlis persandingan,” kata Saida.

Pasangan ini mula kenal empat tahun lalu.

Saida pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Ghazali Yahya Zikri pada 14 Disember 1996 namun berpisah pada 7 Oktober 2011.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, Anas, Khalid dan Siti Nurul Mashitah.

Apit juga mempunyai dua orang anak menerusi perkahwinan terdahulu.

Post a Comment

Previous Post Next Post