Produksi Star Wars disaman £1.6 juta


HARRISON FORD

SYARIKAT produksi filem Star Wars: The Force Awakens, Foodles Production disaman sebanyak £1.6 juta (RM8.2 juta) kerana melakukan kecuaian sehingga mengakibatkan kecederaan kepada pelakon Harrison Ford.

Bintang berusia 74 tahun yang memegang watak sebagai Han Solo itu mengalami patah kaki sewaktu menjalani penggambaran tersebut di Pinewood Studios di London apabila pintu kapal angkasa Millenium Falcon terjatuh ke atasnya.

Syarikat produksi itu bagaimanapun mengaku bersalah atas kecuaian mereka ketika dibicarakan di Mahkamah Majistret Milton Keynes, United Kingdom, lapor portal Femalefirst.com.

Filem arahan sutradara J.J. Abrams itu menjalani penggambaran pada 2014 sebelum ditayangkan pada Disember tahun lepas. Naskhah itu mencatatkan kutipan pecah panggung sebanyak $2.07 bilion (RM8.73 bilion).

Post a Comment

Previous Post Next Post