Sebelum bercinta dengan Gigi Hadid, Zayn Malik pernah menjalin hubungan dengan Perrie Edwards. Pasangan itu pernah merancang untuk berkahwin, namun secara tiba-tiba berpisah selepas Zayn keluar daripada kumpulan One Direction.
Setelah lama putus dengan Zayn, akhirnya Perrie membuka mulut.
Menerusi laporan Daily Mail, Perrie mengaku cukup kecewa, bahkan kehilangan tempat tinggal selepas dihalau bekas kekasihnya itu. Perrie dan Zayn pernah tinggal bersama di London ketika masih bercinta.
Semua pengakuan itu dinyatakan Perrie menerusi bukunya yang berjudul Our World.
“Setelah berpisah, saya tidak mempunyai tempat tinggal. Memang ada beberapa kawan yang menawarkan tempat tinggal tetapi saya menolaknya. Saya sering menangis kerana tertekan dengan perpisahan tersebut.
“Mujur ibu menghubungi syarikat pengurusan saya dan meminta bantuan untuk mendapatkan tempat tinggal untuk saya,” ujarnya.