Penyanyi Siti Norsaida Selamat Bernikah Dengan Ahli Perniagaan


Pasangan pengantin (tengah) diraikan ketika majlis akad nikah pada Rabu.

Penyanyi Siti Norsaida Tarudin selamat diijabkabulkan dengan seorang ahli perniagaan dalam satu majlis ringkas di masjid Alam Damai, Cheras di sini petang Rabu.

Dengan sekali lafaz, Saida sah bergelar suami kepada Hafiz Che Mat individu yang sering digosipkan dengannya selama ini.

Pada majlis akad nikah berkenaan, pihak lelaki membawa tiga dulang hantaran dan dibalas lima dulang oleh pengantin perempuan.

Usaha pihak mStar Online untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai majlis itu gagal kerana keluarga pihak perempuan tidak menjawab panggian telefon dipercayai masih sibuk dengan majlis itu.

Pasangan berkenaan mengenakan pakaian tajaan butik KS milik Khairul Shahril.

Adik penyanyi itu, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin turut hadir pada majlis berkenaan.

Saida sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd Ghazali Yahya Zikri pada 14 Disember 1996 dan bercerai pada 7 Oktober 2011.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Siti Nuruunnyssa, 18, Anas, 16, Khalid, 12, dan Siti Nurul Mashitah, 9.

Post a Comment

Previous Post Next Post