Pengikut kontrak Nabil Ahmad kembali


Pengacara dan pelawak popular Nabil Ahmad kini boleh menarik nafas lega apabila beberapa pelanggan kembali memberikan kontrak baru menerusi akaun Instagram barunya selepas akaun lama miliknya digodam pada 20 September lalu.

Nabil, 33, berkata, walaupun kehilangan lebih 1.2 juta ‘followers’ atau pengikut di akaun lama, pertambahan pengikut di akaun barunya yang kini mencecah 158,000 memberikannya nafas baru.

“Saya sangat kecewa apabila akaun Instagram lama digodam. Bukan senang untuk mengumpul pengikut sehingga 1.2 juta. Ia mengambil masa bertahun-tahun dan Instagram pun menjadi medium penting sebagai sumber pendapatan saya.

“Ini kerana kebanyakan pengikut di akaun lama adalah pelanggan yang berpotensi untuk saya iklankan produk mereka. Walaupun sudah berhubung dengan pihak Instagram di Amerika Syarikat menerusi emel, saya terpaksa akur apabila mereka juga tidak boleh berbuat apa-apa untuk mendapatkan semula akaun lama terbabit,” katanya.

Nabil sebelum ini terpaksa berputih mata apabila beberapa kontrak membabitkan kerjayanya dibatalkan selepas akaunnya digodam.

Menurut pengacara Gegar Vaganza 3 dan MeleTop ini, perkara berkenaan sudah termaktub dalam perjanjian di mana beberapa syarikat menitikberatkan jumlah pengikut di Instagram.

Post a Comment

Previous Post Next Post