Nadzmi Adhwa Apakan daya tiada jodoh


“Saya seorang yang serius dalam perhubungan. Sudah tentu saya mengharapkan hubungan yang dibina ini ke fasa seterusnya, tapi apakan daya sudah tertulis tiada jodoh antara kami.”

Demikian luahan pelakon Nadzmi Adhwa selepas harapannya untuk membawa hubungan yang dibina selama enam tahun bersama seorang gadis ke jenjang pelamin musnah.

Impiannya untuk mengahwini gadis terbabit lebur sebaik saja mengetahui buah hatinya menerima lamaran lelaki lain, Isnin lalu.

Nadzmi berkata, berita itu amat mengejutkan tetapi dia reda dan menerima keputusan itu dengan baik.

“Saya percaya apa yang berlaku antara kami adalah qada dan qadar. Saya reda dan menerima hakikat ini. Alhamdulillah keluarga sentiasa berada di samping saya buat saya kuat.

“Saya percaya insan yang akan datang dalam hidup saya nanti pasti jauh lebih baik,” katanya.

Menurut Adhwa, dia percaya perpisahan ini mungkin adalah jalan terbaik buat mereka dan ada hikmah di sebaliknya.

“Kadang-kadang di dalam hidup ini kita tidak akan dapat apa yang kita inginkan.

“Jadi selepas ini saya tidak perlu memikirkan soal cinta. Saya mahu memberi sepenuh fokus terhadap karier seni yang sedang dibina,” katanya yang kini bernaung di bawah syarikat pengurusan MindOrder Sdn Bhd.

Post a Comment

Previous Post Next Post