Mustaqim Bahadon, Dengan Reen Rahim? Saya ok saja


Pelakon Mustaqim Bahadon, 31 mengakui sedang rapat dengan pelakon Reen Rahim.

Dia yang mengenali wanita itu ketika sama-sama berlakon dalam drama bersiri HidayahMu Ramadan tidak menolak andai mereka dijodohkan bersama.

"Saya akui sedang berkawan rapat dengan Reen dan selesa bersamanya. Kami mula rapat selepas drama HidayahMu Ramadan tahun lalu dan sejak itu semakin akrab.

"Saya tidak menolak jika jodoh bersama Reen dan juga tidak menghalang jika dia ada pilihan yang lebih baik," katanya.

Menurut pelakon filem Surf This Love itu dia suka sikap Reen yang selamba dan tidak kontrol ayu.

"Saya suka caranya yang jujur dan tidak bermuka-muka. Sesetengah wanita mungkin mengawal tingkah laku apabila di hadapan lelaki tetapi Reen menjadi diri sendiri dan itulah yang menarik perhatian saya.

"Kami sudah bertemu keluarga masing-masing dan tidak menolak jika ditakdirkan jodoh bersama," katanya.

Terdahulu Reen sebelum ini pernah mengunci mulut daripada berkongsi kisah mereka berdua berikutan merasa hubungan yang dibina masih baru.

Post a Comment

Previous Post Next Post