Hubungan Wak Doyok, Azrinaz sudah berakhir


Wak Doyok dan Azrinaz Mazhar Hakim

IKON fesyen, Wak Doyok mengesahkan hubungan cintanya dengan bekas wartawan penyiaran, Azrinaz Mazhar Hakim sudah putus.

Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 37 berkata, meskipun berdepan detik sukar ketika ini, namun beliau akur tiada persefahaman di antara mereka berdua menjadi punca hubungan yang dibina retak akhirnya.

"Saya baik-baik saja. Tak sedih pun. Memandangkan antara kami sudah tiada lagi persefahaman, saya terima hakikat perpisahan ini tanpa ada rasa kecewa.

"Selepas ini saya nak buka buku baharu dan fokus pada kerjaya seni dan perniagaan," katanya seperti dipetik BHOnline.

Berita sedih mengenai putusnya hubungan pasangan ini tersebar sebaik saja Wak Doyok memuat naik status di laman sosial Twitter yang menggambarkan situasi yang dialaminya ketika ini.

Wak Doyok turut menafikan beliau sudah bertunang dengan Azrinaz dan menyifatkan berita yang tersebar hanya khabar angin.

Post a Comment

Previous Post Next Post