Hisyam Hamid idam watak jahat dan ganas


Sering ditawarkan karakter romantik, aktor dari Singapura, Hisyam Hamid, mengaku beliau teringin membawakan watak di luar kebiasaan lakonannya.

Menurut Hisyam, 31, selepas beberapa tahun berkecimpung dalam bidang berkenaan, tentu sekali beliau mahu mencuba karakter berbeza bagi mencabar kemampuan dirinya.

"Saya sering menjayakan watak lelaki romantis, jadi saya teringin juga untuk melakonkan karakter jahat dan ganas.

Sekali gus, ia dapat menepis karakter tipikal yang sering saya lakonkan sebelum ini.

"Cuma, buat waktu ini saya belum lagi mendapat sebarang tawaran untuk memegang watak antagonis.

Ada yang berkata, ia tidak bersesuaian dengan wajah saya, malah peminat juga meminta saya agar tidak menerima tawaran melakonkan watak jahat.

"Sebagai pelakon, saya menyimpan impian untuk melakonkan watak yang pelbagai, tidak semestinya menjayakan karakter lelaki baik saja," katanya kepada BH Online ketika ditemui pada acara memperkenalkan barangan kulit Lacoste di Pavilion, di sini, baru-baru ini.

Pada acara terbabit, jenama popular berkenaan mengundang seorang tukang profesional dari Perancis untuk memberikan sentuhan tersendiri terhadap barangan kulit keluarannya.

Selain Hisyam, acara berkenaan turut dihadiri oleh Aaron Aziz dan Aeril Zafrel serta bintang Ola Bola, JC Chee, Luqman Hafidz dan Saran Kumar.

Baru-baru ini, Hisyam menjadi bualan peminat apabila menjayakan watak anggota bomba bernama Rayqal dalam drama bersiri Abang Bomba I Love You, bergandingan dengan Amira Othman.

Pelakon ini mula mendapat tempat di hati peminat selepas membintangi drama Ariana Rose siaran TV3 pada 2013.

Post a Comment

Previous Post Next Post