Awie Salasilah bukan untuk tatapan


"Saya tidak mahu mengulas lanjut,".

Itu jawapan ringkas yang diberikan vokalis kumpulan Wings, Awie ketika diminta mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, Datuk Dr Wan Shamsudin Mohd Yusof dalam satu laporan akhbar yang meminta penyanyi itu mengemukakan dokumen salasilah keluarganya.

Tegas Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, dia tidak mahu memberikan sebarang komen kerana maklumat mengenai salur galur keluarganya bukan untuk tatapan umum.

"Saya tidak mahu komen apa-apa kerana ia bukan untuk tatapan orang ramai," katanya lagi ketika dihubungi.

Awie sebelum ini mengeluarkan kenyataan mengatakan dirinya adalah keturuan Raja Siam melalui moyangnya, Raja Sulaiman.

Kenyataan itu dikeluarkan dalam satu laporan media selepas dia mendirikan rumah tangga dengan Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin, 29, di Masjid Sultan Sulaiman Shah Songkhla, Thailand, minggu lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post