Aeril Zafril lahir rasa syukur


SAMBUTAN hangat terhadap drama Patahnya Sebelah Sayap yang turut mendapat 4.5 juta penonton pada episod akhir yang baru sahaja melabuhkan tirai 24 Oktober lalu, mendapat reaksi positif dari pembikin dan pelakonnya.

Salah seorangnya adalah pelakon utama drama bersiri 15 episod berkenaan, Aeril Zafril.

Menurut Aeril, keserasian dan komitmen tinggi setiap pelakon yang terdiri daripada Ummi Nazeera, Izzue Islam, Normah Damanhuri dan ramai lagi membuatkan mereka dapat memberi lakonan yang baik.

"Alhamdulillah drama ini memberi impak tersendiri kepada penonton.

"Bagaimanapun ada ketikanya kami menerima tetap kritikan.

"Namun setiap pujian dan kritikan yang diterima menjadi input membaiki kelemahan lakonan bahkan perasaan penonton yang suka, benci dan sedih adalah kredit kepada semua yang menjayakan drama ini," katanya yang memegang watak sebagai Kuzairi di dalam drama arahan Ayie Mustafa ini.

Biarpun ada yang menyamakan drama Patahnya Sebelah Sayap dengan sebuah drama Korea, namun menurut Aeril, mereka semua tidak mengetahui mengenai perkara itu sehingga ia ditayangkan.

"Saya tak boleh komen panjang kerana tak pernah menonton atau tahu mengenai drama Korea itu," jelasnya.

Berkongsi perkembangan terkininya, Aeril dan Ummi akan kembali bergandingan menerusi drama bersiri bagi slot Zehra, TV3 iaitu Nahu Rindu.

Buat masa ini dia mengambil kesempatan untuk bercuti dan membantu perniagaan isterinya yang juga aktres, Wawa Zainal.

Aeril yang sibuk bekerja dari awal tahun baharu sahaja selesai menjalani penggambaran filem KL Vampires dan mengambil keputusan berehat selama sebulan

"Alhamdulillah rezeki saya anak-anak juga, tawaran berlakon tidak pernah putus malah perniagaan pakaian dan kanta lekap yang dijalankan bersama Wawa mendapat sambutan yang cukup baik," katanya.

Aeril berkata, komitmen terhadap perniagaan dan anak-anak membuatkan Wawa lebih selektif untuk berlakon dan dia sendiri tidak meletakkan sebarang syarat.

Katanya, Wawa kini lebih selesa menjaga sendiri anak- anak dan menguruskan perniagaan selain lebih suka dibantu suami.

Post a Comment

Previous Post Next Post