Ummi Nazeera Bakal Ada Kekasih Hati


Pelakon Ummi Nazeera menegaskan dia masih memegang status solo selagi belum berkahwin.

Pelakon Ummi Nazeera mengakui sedang mengenali hati budi seorang lelaki namun menegaskan hubungan berkenaan masih dalam peringkat berkawan.

Ummi, 26, berkata, dia menemui lelaki berkenaan selepas diperkenalkan sendiri oleh ibu pemuda berkenaan setahun lalu.


"Apa yang boleh saya katakan saya masih solo selagi belum mempunyai sebarang ikatan perkahwinan.

"Bagaimanapun saya akui sedang berkenalan dengan seorang lelaki dan kami bertemu melalui keluarga," katanya kepada mStar Online.

Ummi ditemui pada majlis tayangan perdana filem televisyen berjudul Bisik Pada Langit yang diadakan di The Gardens, Rabu.

Filem arahan Kabir Bhatia itu turut dibarisi pelakon seperti Jalil Hamid, Beto Kusyairi, Fadilah Mansor, Erwin Dawson dan Naim Daniel.

Ia bakal disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif (480) bermula 15 September ini.

Dalam pada itu, Ummi berkata, masih terlalu awal untuk bercakap lanjut mengenai hubungan tersebut kerana ia masih terlalu awal.

Pun begitu kata Ummi, dia berjanji akan memaklumkan sekiranya dia merancang untuk berkahwin.

"Kalau saya mahu berkahwin saya akan maklumkan kepada semua tetapi bukan tahun ini," katanya.


Bisik Pada Langit yang mendapat sentuhan pengarah Kabir Bhatia bakal ditayangkan di saluran Astro First Eksklusif (480) bermula 15 September ini.

Sementara itu, bercakap mengenai Bisik Pada Langit, Ummi berkata, dia teruja dapat kembali bekerja dibawah Kabir selepas kali terakhir menerusi Nur Kasih.

Selain itu katanya, dia tertarik dengan jalan cerita filem televisyen berkenaan kerana ia memaparkan kisah yang menyentuh perasaan iaitu di antara bapa dan anak.

"Watak saya tidak berat tetapi jalan ceritanya sangat menyentuh hati yang mengangkat kisah anak dan bapa.

"Ada pengajaran yang boleh dikutip oleh penonton tambahan pula ia adalah arahan Kabir yang kita tahu dia adalah seorang pengarah berbakat besar," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post