![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi0zGSBqZ3FhoI4oREU6eqUe5G5tlCf-tqus-DeOCwrPqJHqRYNRFHdFD1_2Vn3-tDwLlY-WIO1Z342hCT0v3aV3A5QkEOGDbLDshfIxsUUNHH-HsFW3eb8sxIOqsN9fFu258mjAtgLXz5Q/s1600/Min+Ho.jpg)
AHLI kumpulan Winner, Song Min Ho menafikan khabar angin kononnya sedang bercinta dengan rakan artis, Heo Chan-Mi.
Khabar angin itu bertiup kencang sejak beberapa bulan lepas terutamanya selepas Chan-Mi semakin popular apabila menyertai program realiti terkenal iaitu Produce 101.
Menurut Min-Ho, dia masih solo tanpa menjalinkan hubungan istimewa dengan sesiapa.
“Mungkin, gosip itu timbul gara-gara hubungan kami yang rapat sebagai kawan. Cuma, dakwaan kami bercinta tidak benar sama sekali,” katanya seperti mana yang dilaporkan AllKPop.com.