Kontroversi video seks Jung Joon-young


Jung Joon-young

Nama pelakon, penyanyi dan pengacara, Jung Joon-young menjadi hangat sejak minggu lalu kerana kontroversi berkaitan dakwaan pertuduhan gangguan seksual yang dibuat oleh bekas teman wanitanya.

Lebih terperinci, dakwaan itu dibuat gara-gara Joon-young membuat rakaman menggunakan kamera tersembunyi ketika mereka mengadakan hubungan seks.

Bagaimanapun, laporan yang dibuat oleh bekas teman wanitanya telah ditarik balik beberapa hari kemudian. Wanita itu kemudiannya menghantar petisyen kepada pihak mahkamah dan antara isi kandungannya adalah artis lelaki itu tidak bersalah serta tidak perlu dihukum.

Dalam sidang akhbar tergempar yang dibuat baru-baru ini, Joon-young mengaku wanita itu merupakan bekas kekasihnya dan dia sememangnya membuat rakaman ketika mengadakan hubungan seks tetapi bukan menerusi kamera tersembunyi. Namun, video pendek itu dirakam atas persetujuan kedua-dua pihak.

“Saya tidak sangka rakaman yang diambil dengan tujuan untuk melawak ketika itu boleh mencetuskan kontroversi besar.

“Memang ia merupakan kesalahan saya kerana menyangka semuanya akan berada dalam keadaan baik berdasarkan fakta saya tidak bersalah semata-mata. Saya memohon maaf kepada semua program yang terjejas kerana kontroversi ini.

“Bagi penglibatan dalam program televisyen, saya akan mengikut kata pihak atasan. Saya juga akan memberi kerjasama kepada pihak polis jika mereka mahu mengadakan siasatan tambahan,” ujarnya.

Terbaharu, Joon-young telah memberikan telefonnya kepada pihak polis untuk membantu siasatan.

Post a Comment

Previous Post Next Post