Johan As'ari Prinsip hak masing masing


Pelakon Johan As'aritidak menolak untuk melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita jika itu dikehendaki dalam skrip walaupun kini dia sudah berhijrah dan mendalami ilmu agama.

Johan, 30, berkata, dia perlu jujur dengan setiap watak dilakonkan sama ada dalam drama atau filem.

"Setiap watak yang diserahkan adalah amanah dan tanggungjawab saya sebagai pelakon untuk merealisasikannya. Saya juga perlu bersungguh-sungguh untuk menjiwai setiap watak yang diamanahkan.

€œSaya juga tidak kisah jika ada pihak yang tidak selesa dan mengkritik prinsip saya ini kerana itu hak masing-masing.

"Pada masa sama, saya juga melihat setiap watak dilakonkan adalah sebagai cara untuk berdakwah kepada masyarakat," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Johan, dia juga bersedia untuk melakonkan watak jahat atau antagonis.

"Selama ini saya sering ditawarkan watak baik dan ustaz sedangkan saya merindui watak jahat," katanya.

Sebelum ini, Johan dilaporkan mendalami ilmu agama di India, berdakwah dan mencari ketenangan di negara itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post