Anuar Zain Akhirnya Miliki Akaun Instagram


Anuar Zain melancarkan album terbaharunya berjudul Anuar Zain di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur, Isnin.

Penyanyi lagu Sedetik Lebih Anuar Zain akur dengan peredaran teknologi sosial apabila dia membuat keputusan untuk membuka sebuah akaun laman sosial Instagram sejak 9 September lalu.

Anuar atau nama sebenarnya, Shahrul Anuar Zain, 46, berkata, dia menganggap ia sebagai satu cara untuk berkongsi cara pembikinan lagu dengan peminat-peminatnya.

"Saya sudah ada laman sosial iaitu @Anuarzainnetwork yang baharu sahaja saya buka sejak 7 September lalu dan tidak sangka dapat banyak respons dan komen positif peminat.

"Saya banyak berkongsi tentang proses rakaman lagu yang mana ramai rupa-rupanya peminat saya ingin tahu dan bertanya," ujar Anuar kepada mStar Online.

Anuar ditemui pada sidang media pelancaran album terbaharunya berjudul Anuar Zain di Hotel Le Meridien, di sini, Isnin.


Akaun yang baharu dibuka 10 hari itu kini mempunyai 11 keping gambar dan mendapat 1,628 pengikut.

Ditanya tentang pendapatnnya sebelum ini yang tidak aktif laman sosial berikutan enggan dikritik, dia enggan mengambil peduli tentang komen negatif segelintir pihak.

Katanya, perkara tersebut sudah menjadi lumrah sebagai seorang selebriti.

"Kalau nak ikutkan tentang kritikan saya sudah biasa, kadang-kadang tengah jalan pun orang cakap saya perasan handsome.

"Saya tidak kisah, kalau negatif saya tidak akan ambil peduli," ujarnya.

Dalam pada itu album Anuar Zain yang dilancar memuatkan lapan buah lagu iaitu Kembali, Andainya Takdir, Cinta Takkan Berakhir, Karena Aku Cinta, Belahan Hati, Hujan, Kembali Padamu Ilahi dan Selamat Malam.


Post a Comment

Previous Post Next Post