Akim Ahmad Mana mungkin saya tergamak


Akim Ahmad tidak pernah berhasrat meninggalkan kumpulan The Majistret dan kembali kepada karier solo.

Ini berikutan tindakannya menghasilkan single solo berjudul Hanya Padamu menimbulkan tanda tanya adakah dia akan kembali kepada kerjaya solo, apatah lagi genre muzik lagu berkenaan berbeza.

Akim ketika ditemui berkata, tiada istilah berpecah atau kembali solo kerana dia akan teguh bersama The Majistret yang banyak berbakti sehingga menjulang nama mereka.

“Band ini ditubuhkan melalui hati. Jujurnya saya sendiri berjumpa dengan anggota 6ixth Sense, Wan dan meluahkan hasrat menubuhkan sebuah band yang saya idamkan sejak tujuh tahun lalu.

“Alhamdulillah hasil pertemuan dan persetujuan yang dilakukan kami berjaya membentuk Akim & The Majistret. Bagi kami, penubuhan ini tidak perlukan kontrak tetapi perlukan hati dan keikhlasan. Ini kerana ia ditubuhkan untuk sama-sama mencari rezeki dan menyara keluarga.

“Jadi mana mungkin saya tergamak untuk keluar dari band ini. Lagipun, masing-masing mempunyai pengalaman daripada kumpulan sedia ada. Jadi setiap masalah yang timbul kami akan berbincang dan pastikan tiada siapa terasa hati selain kami memerlukan khidmat sesama sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Akim & The Majistret juga muncul dengan single terbaru berjudul Lygophobia yang juga membawa maksud takut akan kegelapan.

Menurut Akim, dia menghasilkan single Hanya Padamu yang berunsur ketuhanan itu kerana sudah lama dirakam .

“Sebenarnya Hanya Padamu lagu lama yang dicipta Sham Kamikaze. Saya rakam lagu ini selepas single Mewangi dikeluarkan, namun baru kini dilancarkan.

“Ketika lagu ini dikeluarkan saya mendapati ia agak jauh daripada muzik yang dibawakan The Majistret. Jadi selepas berbincang dengan ahli kumpulan lain, saya nekad mengeluarkan lagu ini dengan nama Akim Ahmad sahaja,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai isterinya, Stacy yang kini hamil empat bulan, Akim berkata, dia semakin tidak sabar untuk bergelar bapa dan mengetahui jantina anak sulungnya itu.

Akim berkata, Stacy sejak akhir-akhir mengidam masakan Melayu walaupun sebelum ini dia kurang menggemari masakan itu.

“Sebelum ini dia lebih sukakan masakan tradisional Sabah. Malah saya pun tanpa disedari turut mengidam dan kerap menikmati nasi goreng dabai yang popular di Sarawak,” katanya.

Menurut Akim, biarpun Stacy Anam kini hamil empat bulan, dia tidak pernah mengehadkan kerjaya seni isterinya itu.

1 Comments

  1. Pendudukan: Harta Tanah / perhotelan
    kedudukan: Pengarah Urusan
    Nama: Najwa Mohammed
    Bandar: Miri
    Pinjaman saya mendapat: Rm 1.5 juta
    kadar faedah: 1%
    E-mel saya: najwamohammed369@gmail.com


    Halo, saya mengucapkan terima kasih kepada allah almight untuk kebaikan dan keberkasaan yang saya dapatkan dari AASIMAHA ADILA LOAN FIRM tahun ini 2020, saya ingin kita medium ini membiarkan muslim saya di malaysia, Tahun lepas saya telah memohon pinjaman banyak kali dan saya bodoh , Tahun ini ketika saya sedang menonton berita perniagaan saya di Aljazeera, saya melihat nama AASIMAHA ADILA AHMED LOAN FIRM pada wawancara menerangkan pakej mereka dan bagaimana mereka memberi pinjaman dan dana amal kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan tahun ini. Oleh itu, saya mendengar dan menghubungi mereka dengan kenalan mereka di televisyen, saya memohon Rm 1.5 juta, pada kadar 1% dan pinjaman saya telah diluluskan dan saya mendapat pinjaman saya semudah mungkin. Saya mendapat pinjaman saya dan melabur lebih jauh ke hartanah suami saya. suami saya dari indonesia, banjir yang terjejas rumah keluarga kami di jakarta, sejak kami mendapat pinjaman, kami telah memperbaiki banyak hal dan membayar hutang bank juga.Jika anda ingin perusahaan pinjaman yang nyata dan sah, anda bebas memohon sekarang dan dapatkan pinjaman anda .Mengingatkan diri anda untuk menjadi kuat dan tidak pernah berputus asa. Semakin banyak anda jatuh, semakin kuat anda menjadi bangun. Jangan pernah menyerah tidak kira apa. Buat janji kepada impian anda seolah-olah anda berjanji kepada anak anda. Saya berharap anda lebih besar tahun. Mungkin allah memberkati mereka allah

    MOHON SEKARANG
    E-mail****aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    Whatsapp **** + 447723553516

    ReplyDelete
Previous Post Next Post