
Belum lagi bermula, situasi sudah panas. Tak sangka pula Cik Pang begitu jadinya apabila peserta pertandingan realiti Gegar Vaganza untuk musim ketiga dihimpunkan baru-baru ini.
Siapakah penyanyi dipilih untuk musim ketiga, tidaklah Cik Pang boleh nyatakan kerana sudah berjanji dengan sumber yang berkongsi akan berita gembira ini.
Melihat daripada senarai penuh mereka yang dipilih memang membuatkan bulu roma kita meremang disebabÂkan hampir semua penyanyi disenaraikan mempunyai mutu vokal baik dan masih popular hingga kini.
Cuma awal-awal lagi, Cik Pang merayu kepadanya agar membenarkan kisah Elly Mazlein memetik nama Azharina sewaktu peserta ditemukan buat kali pertama dikongsi di ruangan ini.
Kisahnya, sewaktu mereka berkumpul untuk diberikan peneraÂngan membabitkan konsep pertandiÂngan bakal disertai, perkataan yang keluar dari mulut penyanyi yang pernah popular dengan lagu Bungaku Bakawali itu mengejutÂkan orang keliling.
Kata sumber itu, dia tidak pasti apakah ayat yang dikeluarkan Elly tetapi keÂnyataannya itu membuatkan semua orang beralih memandang tepat ke wajahnya.
Lebih menghairankan, sebaik mendapat reaksi sedemikian Elly tiba-tiba meÂngatakan dia bukan Azharina. Perkara itu membuatÂkan semua yang ada di situ bertambah hairan mengapa isu dibangkitkan Elly berkaitan dengan Azharina.
Cik Pang sebenarnya ingin tahu apakah yang dikatakan Elly di awal ayat sebelum dia menyambung dan mengaitÂkannya dengan Azharina.
Tapi rasanya, Elly hanya berseloroh waktu itu supaya orang keliling tidak terlalu tertekan sewaktu mendengarkan penjelasan diberikan penerbitan Gegar Vaganza.
Mungkin juga nama Azharina dipetik Elly kerana dia lebih mengetahui penyanyi dari Kota Kinabalu, Sabah itu tidak akan bersikap terlalu serius seperti yang lain.
Cuma jelas sumber itu, dia bimbang sekiranya ada pihak yang tersalah tafsir meÂnyampaikan kata-katanya itu kepada Azharina akan menyebabkan timbul salah faham.
Tambah pula sewaktu perbincangan itu dijalankan, Azharina yang turut berjaya dipilih menyertai Gegar Vaganza musim ketiga ini tidak turut serta.
Betul juga kata sumber itu tadi. Maklumlah dalam situasi mahu bertanding seÂsama sendiri, macam-macam cerita kurang sedap boleh ditimbulkan seterusnya menyebabkan perbalahan.
Harapnya Gegar Vaganza musim ini tidak dimulakan dengan sesuatu yang panas dan kontroversi. Tak gitu Datuk Seri Vida?