Vokalis Terra Rossa Didakwa Miliki Dadah


Khairul (dua dari kiri) bersama anggota kumpulan Terra Rossa yang lain.

Vokalis kumpulan rock Terra Rossa, Khairulhizam Kaha yang dikenali sebagai Jijam sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret di sini, Isnin atas pertuduhan memiliki dadah.

Khairulhizam, 43, didakwa memiliki satu paket plastik dadah jenis syabu seberat 0.53 gram di kawasan bawah blok 8, Pangsapuri Taman Miharja Fasa 2, Cheras, pada pukul 5.15 petang, Sabtu lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor menetapkan 15 Ogos untuk sebutan semula kes.

Tiada sebarang jaminan ditetapkan terhadap tertuduh kerana tiada penjamin hadir.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tahun lepas, Khairulhizam dijatuhi hukuman denda RM7,000 dan pengawasan polis selama dua tahun atas kesalahan sama oleh Mahkamah Majistret Ampang.

Post a Comment

Previous Post Next Post