Taylor Swift terima bayaran paling tinggi


PENYANYI Taylor Swift dinobatkan Forbes sebagai selebriti yang memperoleh bayaran paling tinggi daripada 100 selebriti dunia dengan jumlah bayaran yang diterima bernilai $170 juta (RM 668 juta)

Taylor yang juga penulis lagu itu jauh meninggalkan penyanyi berbakat besar yang lain seperti Adele yang menduduki tempat ke sembilan dengan $80.5 juta (RM316 juta), Madonna di tempat ke 12 dengan $76.5 juta (RM300 juta) dan Rihanna di tempat ke 13 dengan $75 juta (RM294 juta).

Konsert jelajah Taylor pada tahun lalu memperoleh lebih daripada $200 juta (RM786 juta).

Sementara itu, bekas teman lelaki penyanyi itu, Calvin Harris pula menduduki tempat ke 21 dengan $63juta (RM247 juta).

Antara 10 selebriti yang memperoleh bayaran tertinggi ialah kumpulan One Direction yang berada di tempat kedua dengan $110m (RM432 juta), pelawak Kevin Hart di tempat ke 6 dengan $87.5 juta (RM343juta) dan DJ radio Howard Stern di nombor tujuh dengan $85 juta (RM334 juta).

Sementara itu, Kim Kardashian yang menghiasi muka depan majalah disenaraikan di tempat ke 42 dengan $51m (RM200 juta).

Forbes berkata, 40 peratus daripada bayaran tahunan yang diterima Kim adalah hasil daripada permainan telefon bimbit, Kim Kardashian: Hollywood.

Dalam pada itu, pembuat permainan, Glu Mobile dijadualkan akan turut melancarkan sebuah aplikasi baharu yang dibintangi Taylor Swift pada tahun hadapan.

"100 selebti yang menerima bayaran tertinggi adalah berjumlah $5.1b (RM20.05b) sebelum cukai dalam tempoh 12 bulan lalu," kata Forbes dipetik BBCNewsBeat

Senarai 10 selebriti yang menerima bayaran tertinggi

1. Taylor Swift - $170 juta (RM668 juta)

2. One Direction - $110 juta (RM432 juta)

3. James Patterson (Pengarang) - $95 juta (RM373 juta)

4. Dr Phil McGraw (personaliti TV AS) dan Cristiano Ronaldo - $88 juta (RM345 juta)

6. Kevin Hart - $87.5 juta (RM343 juta)

7. Howard Stern - $85juta (RM334 juta)

8. Lionel Messi - $81.5juta (RM320 juta)

9. Adele - $ 80.5juta (RM316 juta)

10. Rush Limbaugh (penghibur AS) - $79 juta (RM310 juta)

Post a Comment

Previous Post Next Post