Saharul Ridzwan Nikah Qaabila Deena 16 September Depan


Saharul Ridzwan memenangi dua kategori dalam Anugerah Pilihan Online (APO2016) pada 30 April lalu.

Ketika pelakon Saharul Ridzwan, 27, mahu merahsiakan identiti bakal isterinya, wanita yang dimaksudkan itu sebenarnya individu yang pernah dikaitkan dengan dia sebelum ini.

Sumber mengesahkan kepada mStar Online, bakal isteri aktor itu ialah Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 28, pemilik butik Wrap yang menjual pakaian muslimah.

"Apa yang dapat saya sahkan, Saharul akan berkahwin pada pertengahan September depan dengan wanita bernama Qaabila yang pernah digosipkan dengan dia sebelum ini,” kata sumber berkenaan.

Saharul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 27, sebelum ini pernah memuat naik gambarnya bersama wanita itu di laman Instagram miliknya namun foto-foto berkenaan terpaksa dipadamkan atas sebab-sebab tertentu.


Qaabila Deena Emir.

Saharul turut memohon maaf kepada Qaabila dan keluarga kerana foto-foto tersebut turut memberi kesan tidak baik kepada wanita itu dan keluarganya.

Dalam pada itu pasangan berkenan bakal disatukan dalam sebuah majlis yang bakal diadakan di Dewan Seri Siantan, Presint 3, Putrajaya pada 16 September depan mengambil barakah hari Jumaat.

Qaabila merupakan anak sulung daripada lima beradik yang kesemuanya perempuan.

Dia dilahirkan di Petaling Jaya dan dibesarkan di Gombak Selangor.

Sumber berkata, kad jemputan untuk tetamu ke majlis pernikahan pasangan itu akan diedarkan pada bulan depan.

Saharul berjaya meraih populariti luar biasa selepas kejayaannya memegang watak Tengku Zaril dalam drama Hati Perempuan yang ditayangkan menerusi slot Akasia di TV3 tidak lama dulu.

Dia mempunyai pengikut kira-kira 1.5 juta di Instagram.

Pada malam kemuncak APO2016 anjuran mStar Online dan Suria FM pada 30 April lalu, Saharul membawa pulang dua trofi kemenangan iaitu Aktor Terbaik Pilihan Online dan Lelaki Tampan Pilihan Dnars.

Dalam pada itu Saharul yang dihubungi mStar Online tidak memberi respons untuk mendapatkan perkembangan mengenai perkahwinannya itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post