Hubungan dekat Raline Shah, Surya


Hadir ke acara pelancaran Bunga Rampai 65 Tahun Surya Paloh, rupa-rupanya pelakon Raline Shah mempunyai hubungan yang rapat dengan pemilik stesen televisyen ternama di Indonesia itu.

Pelakon filem 5cm itu memuat naik foto hadir ke acara berkenaan dan menjelaskan hubungan rapatnya dengan lelaki itu.

“Selamat ulang tahun yang ke-65 Om Surya Paloh, mentor dan juga boleh merangkap sebagai bapa saya,” tulis Raline.

Antara lain isi kapsyennya, Raline memberitahu, Surya merupakan orang pertama yang memotong rambutnya ketika majlis cukur jambul dilakukan ketika dirinya berusia 40 hari.

Selain itu, Raline juga mempunyai hubungan cukup dekat dengan Surya kerana lelaki itu banyak memberi semangat kepadanya ketika berada dalam dunia seni.

Post a Comment

Previous Post Next Post