Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah Sah Bergelar Suami-Isteri Dengan Sekali Lafaz


Azwan dan Ezzaty Abdullah selamat diijab kabul pagi Sabtu di Bentong, Pahang.

Pasangan pelakon Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah sah bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.30 pagi, Sabtu.

Majlis pernikahan berkenaan diadakan di kediaman pengantin perempuan di sini yang dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak dan rakan terdekat pasangan berkenaan.

Pasangan berkenaan yang menggayakan busana daripada Arief Shah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Abdullah Mat Isa dan disaksikan oleh Jurunikah Daerah Bentong, Mohd Rasmawi Harun.

Azwan, 31, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM22.50 manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pengantin perempuan turut menerima lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang kepada pihak lelaki.

Terdahulu Azwan dan Ezzaty, 26, mengadakan majlis pertunangan sebelum akad nikah berlangsung pada hari sama.

Dalam pada itu, resepsi mempelai akan berlangsung pada malam Ahad di Dewan Melor, Bandar Baru Bangi, Kuala Lumpur.

Post a Comment

Previous Post Next Post