Amar Baharin & Amyra Rosli nikah hujung tahun


SEKIAN lama berahsia mengenai hubungan cinta yang terjalin dari pihak media, pasangan pelakon, Amar Bahrin dan Amyra Rosli akhirnya mengumumkan akan menamatkan zaman bujang mereka November depan.

Pengumuman itu dilakukan oleh mereka ketika majlis ramah mesra yang diadakan di Sunway Montana Clubhouse Gombak, malam ini.

Majlis pertunangan kedua-dua pelakon drama Suamiku Encik Sotong akan diadakan pada 22 Julai ini secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Menurut Amar, majlis penikahan pula akan diadakan pada 11 November nanti diiringi majlis persandingan sehari selepas itu di sebelah pihak Amyra.

Majlis pihak lelaki pula akan diadakan pada 19 November manakala lokasi majlis masih dalam perbincangan.

Post a Comment

Previous Post Next Post