Liyana Jasmay Idam anak kembar lelaki


PENGHIBUR - Sebagai penghibur, normal apabila pelakon menjadi penyanyi dan begitu juga sebaliknya. Seandainya jurutera menjadi pelakon, lainlah cerita. Ia sebahagian daripada kerjaya kami, jadi cukup-cukuplah membangkitkan perkara seperti ini. Bagi saya, ia sesuatu yang natural bagi mereka yang berjiwa seni.

“JIKA ada rezeki, kami mahu anak lelaki pula selepas ini, moga-moga kembar insya-Allah.

“Cuma, segala-galanya hanya dalam perancangan selepas tiga tahun lagi,” demikian cerita aktres berwibawa, Liyana Jasmay berhubung perancangan keluarganya selepas ini.

Liyana Jasmay
, 28, yang mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Fathuddin Mazlan, 32, pada 2 Februari 2013 memberitahu, buat masa ini dia mahu kembali menumpukan terhadap perkembangan karier terlebih dulu sebelum memikirkan rancangan untuk menambah bilangan cahaya mata.

“Kadangkala cemburu juga, siap bergaduh manja dengan anak. Anak saya jenis rapat dengan suami, sebab itu saya mengidam anak lelaki pula selepas ini supaya rapat dengan saya,” ujarnya yang dianugerahkan dua cahaya mata iaitu Sofia Arissa, 2, dan Selena yang kini berusia tiga bulan.

Menyentuh mengenai perkembangan karier, Liyana menjelaskan, dia baru saja selesai merakamkan single terbaharunya berjudul Oh Na Na ciptaan sepenuhnya Aliff Abdullah.



“Aliff seorang komposer yang berbakat, pemikiran kami juga sama dan selesa bekerjasama dengannya.

“Single bergenrekan pop R&B itu dijangka dilancarkan selepas Aidilfitri nanti,” ujarnya yang kini diuruskan oleh Uprising Entertainment.

Pada masa sama, Liyana juga bersedia menerima sebarang persepsi peminat terhadap single berkenaan.

“Saya telah melalui detik sedemikian ketika melancarkan album pertama dahulu. Dalam masa dikutuk, lagu-lagu dalam album itu popular juga.

“Jadi, ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Mungkin, suara juga belum cukup matang pada waktu itu,” ujarnya melentur tawa di bibir.

Mengenai karier lakonan pula, Liyana menjelaskan, filem terbaharu lakonannya iaitu Bella Dan Jamie yang diterbitkan syarikat produksinya sendiri, Mermaid Studio dijangka menemui penonton di pawagam sekitar Oktober depan.

“Saya juga akan kembali memasuki penggambaran telefilem arahan Khir Rahman berjudul Aku Dan Adik pada bulan depan.

“Agak berdebar-debar juga rasanya kerana saya akan bekerjasama dengan dua pelakon hebat iaitu Wan Hanafi Su dan Datuk Ogy Ahmad Daud, selain naskhahnya juga dianggap berat,” ujarnya seraya menoktah bicara.

Post a Comment

Previous Post Next Post