Fasha Sanda Repot Polis Dipercayai Akibat Gangguan Bekas Suami


Fasha Sandha

Pelakon kontroversi, Fasha Sandha enggan mendedahkan punca dia membuat laporan polis pada petang Isnin di Balai Polis Ampang dekat sini namun perkara itu dikatakan akibat gangguan bekas suami, Rizal Ashram Ramli.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 32, yang dihubungi bagaimanapun tidak bersedia untuk berkongsi secara terperinci mengenai dakwaan terbabit.

“Maaf saya sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri 100 episod Lara Aishah. Ya, memang saya ada buat laporan polis tapi saya tidak mahu komen lanjut kerana kes ini sudah diserahkan kepada pihak peguam dan polis," katanya kepada mStar Online.

Isu terbaharu ini seperti dilaporkan sebuah blog hiburan pada malam Isnin mendakwa bahawa ada beberapa individu melihat kehadiran pelakon itu bersama peguamnya di balai berkenaan pada jam 1 petang dipercayai bertujuan untuk membuat laporan polis kerana sudah tidak tahan dengan gangguan daripada bekas suaminya.


Gambar kenangan Fasha bersama bekas suami dan anak-anak mereka.

Difahamkan, Rizal, 40, sering memasuki kediaman Fasha tanpa kebenaran dan sering mengganggu kehidupan wanita itu apabila dia bersama rakan-rakannya.

Fasha yang tertekan dengan situasi itu dipercayai mengambil tindakan tersebut untuk perlindungan diri.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012 itu bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutan di sini pada 20 Januari lalu.

Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma.

Ura-ura keretakan rumah tangga pasangan berkenaan timbul sejak awal Disember tahun lalu namun Fasha enggan mengulas lanjut ketika itu.

Timbul juga desas-desus sebelum ini kononnya konflik dalaman perkahwinan itu dikatakan berpunca daripada tekanan oleh keluarga Rizal.

Post a Comment

Previous Post Next Post