Neelofa nak buat serbuan di Vietnam


NEELOFA

Pelakon dan pengacara Neelofa, 27, nekad akan menyerbu kilang mengeluarkan tudung Naelofar Hijab secara haram di Vietnam dalam waktu terdekat ini.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd. Nor serius untuk membanteras pengeluaran tudung tiruan jenama­nya di sana demi menjaga kua­liti dan nama Naelofar Hijab agar pengguna tidak terus ditipu.

Pengacara program MeleTop itu bersungguh-sungguh mahu meng­ha­lang penjualan tudung tiruan itu kera­na sejak awal lagi dia sudah mendaftar hak cipta di negara itu.



“Awal-awal lagi saya sudah men­daftar hak cipta di sana dan pro­sesnya akan selesai tidak lama lagi. Sebaik sahaja urusan pendaftaran itu selesai saya dan pasukan akan pergi ke sana untuk melakukan ram­pasan.

“Pasukan kami bukan nak pergi rampas tudung itu daripada penjual tetapi akan terus ke kilang yang menghasilkan tudung tiruan Naelofar Hijab.

Selagi puncanya tidak dibanteras, akan berleluasalah tudung tiruan ini nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Neelofa bekerjasama dengan Kementerian Perdaga­ngan Dalam Negeri, Koperasi dan Ke­penggunaan (KPDNKK) dalam serbuan tudung tiruan jenama Naelofar Hijab, baru-baru ini.

Dia bersama KPDNKK telah me­la­kukan serbuan di sebuah butik pakaian di Gombak dan di Kajang yang dikesan turut menjual tudung tiruan jenamanya itu. Hasil serbuan juga telah berjaya merampas seba­nyak 79 helai tudung tiruan bernilai kira-kira RM7,000.

Post a Comment

Previous Post Next Post