PELAKON Fahrin Ahmad mengesahkan isterinya, Elena Hani sedang mengandung anak pertama mereka selepas setahun mendirikan rumah tungga.
Memetik Utusan Online, Fahrin berkata, isterinya yang juga merupakan bekas pramugari hamil 15 minggu dan berada dalam keadaan sihat.
Sebelum ini, Fahrin memuatnaik foto dengan kapsyen membayangkan dia bakal menjadi bapa dan sedih kerana terpaksa meninggalkan isteri serta bayi yang sedang dikandung.
Tinjaun di laman Instagram pelakon itu turut dibanjiri ucapan tahniah daripada peminatnya.
Fahrin berkahwin dengan Elena Hani Mei tahun lalu.