Bunga kuruskan badan demi watak


BUNGA CITRA LESTARI

PELAKON jelita Indonesia, Bunga Citra Lestari terpaksa mengurangkan berat badan demi menjayakan watak dalam filem terbaharunya iaitu My Stupid Boss tidak lama lagi.

Selain itu, isteri Ashraf Sinclair itu juga terpaksa memotong rambut demi menjayakan watak Diana dalam filem berkenaan.

“Saya menganggapnya sebagai satu cabaran. Suami juga memberikan ‘lampu hijau’ untuk memotong rambut serta kelihatan kurus dalam filem berkenaan,” ujar juri Maharaja Lawak Mega 2016 itu.



Menurut Bunga, dia bersetuju menerima tawaran tersebut bagi menjayakan karakter yang berbeza.

“Saya memang berhati-hati memilih watak selama ini, selain membayangkan karakter berkenaan sebelum membuat keputusan untuk menerima tawaran sedemikian ataupun sebaliknya,” jelas Bunga.

Post a Comment

Previous Post Next Post