Kemelut rumah tangga pelakon Nadia Brian, 31, dan suaminya Muizz Nasruddin, berakhir apabila mereka sah bercerai talak satu pada 4 April.
Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi menerusi Instagramnya melahirkan perasaan lega dengan keputusan terbabit.
"Assalamualaikum semua. Ya, betul saya sudah bercerai. Alhamdulillah saya sangat bersyukur setelah beberapa lama digantung tanpa tali akhirnya saya sudah bercerai.
"Terima kasih Allah, keluarga, rakan-rakan serta semua yang mendoakan semuanya berakhir dengan baik. Dan saya harap semua pihak jangan kaitkan saya dan keluarga saya dengan pihak sana.
"Sekarang masing-masing boleh teruskan kehidupan dengan lebih aman. Fokus saya sekarang ini adalah keluarga dan kerjaya. Terima kasih semua," katanya.
Difahamkan penceraian berlaku diluar mahkamah apabila Muizz melafazkan cerai pada jam 8.20 malam.
Terdahulu rumah tangga mereka mula bergolak sejak Oktober lalu dan menjadi bualan hangat apabila Muizz mendakwa Nadia berlaku curang terhadapnya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 9 November 2019 lalu di Magica Hall, Shah Alam.