Halia boleh turunkan berat badan

Terdapat pelbagai cara untuk menurunkan berat badan. Selain senaman, mengambil makanan alami seperti halia juga boleh membantu mengurangkan berat badan.

Halia, sejenis tumbuhan berakar mempunyai rasa pedas dan sering digunakan dalam masakan harian. Sememangnya halia kaya dengan pelbagai nutrisi antaranya protein, kalori, karbohidrat dan serat.

Akar halia turut dikatakan mempunyai sifat penyembuhan.

Halia berupaya menangani masalah metabolik, seperti kelebihan berat badan dan obesiti. Oleh kerana keupayaan mempercepatkan proses metabolik dalam badan, halia adalah cara terbaik untuk menurunkan berat badan.

Jadi bagaimana cara halia boleh mengurangkan berat badan?

a close up of a glass of orange juice: Jus halia, kaya dengan pelbagai nutrisi. (Gambar Rawpixel)

1. Mengurangkan selera makan

Minum air halia setengah jam sebelum makan dikatakan boleh membuatkan perut berasa kenyang dalam tempoh yang lama.

Anda juga boleh menjadikan halia sebagai hidangan dan jika digabungkan dengan hidangan sempurna, ia boleh mengurangkan selera makan anda.

2. Agen pembakar lemak

Halia mampu bertindak sebagai agen pembakar lemak bagi menghapuskan lemak tepu di dalam badan.

Ia turut membantu proses penghadaman dan meningkatkan kadar metabolisma di dalam badan secara semulajadi.

Jadi, tidak hairanlah jika halia sering digunakan dalam produk pelangsingan.

3. Meningkatkan pembakaran kalori

Jika anda ingin mengurangkan pengambilan gula, minumlah jus atau teh halia. Ambil pada waktu pagi dan petang, ia akan menghilangkan keinginan pada gula.

Dengan minuman ini juga boleh membantu meningkatkan pembakaran kalori. Malah, mineral di dalam halia bertindak ke atas badan secara energik yang mengakibatkan seseorang itu menjadi lebih aktif. Ini tentunya akan membakar kalori tambahan.

4. Menurunkan insulin

Satu kajian dilakukan pada 2018 menunjukkan, halia tidak terkesan pada kadar insulin, tapi menurunkan rintangan insulin.

Ia menjadi faktor penting untuk mengurangkan gejala diabetes “type” 2 dan membantu menurunkan berat badan.

ELAKKAN

Mereka yang mempunyai masalah sistem pencernaan, tidak digalakkan mengambil halia dalam jumlah yang banyak. Ini termasuk mereka yang mempunyai masalah gastrik, ulser gastrik dan duodenal, penyakit radang usus, seperti kolitis dan enteritis.

Mereka yang mempunyai masalah alahan juga perlu berhati-hati mengambil halia. Ini kerana, orang yang terdedah kepada tindak balas alahan makanan, mungkin mempunyai satu atau lebih gejala alergi.

Begitu juga dengan orang yang mempunyai sensitiviti kulit yang tinggi. Kemungkinan tindak balas alahan apabila makan halia akan menjadikan alahan bertambah teruk.

Mereka yang mengalami strok dan infark miokard, pesakit dengan penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi juga harus berhati-hati dengan halia.

Kesimpulannya, jika anda mengambil kira penyakit di atas, disfungsi dan keadaan sementara, maka halia hanya akan membawa manfaat kesihatan dengan penggunaan yang munasabah.

Post a Comment

Previous Post Next Post