Akui kesal, penyampai radio Yusuf Shukri mohon maaf ketawa cara pengajaran guru di TV

Penyampai radio Yusuf Shukri memohon maaf secara terbuka selepas tindakannya mentertawakan teknik pengajaran seorang guru bahasa Inggeris di sebuah program televisyen mendapat kecaman ramai.

Kesal dengan perkara tersebut, Yusuf mengakui tindakannya itu sebagai satu kesilapan selain berjanji tidak akan mengulangi perkara sama.

“Saya memohon maaf kepada guru terbabit kerana telah menghasilkan video tersebut di aplikasi TikTok.

“Saya akui tindakan yang saya lakukan adalah tidak sopan dengan mentertawakan guru tersebut. Saya faham ia adalah suatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada guru tersebut,” katanya di media sosial, hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial sebuah video menunjukkan Yusuf tertawa melihat cara pengajaran seorang guru subjek bahasa Inggeris di sebuah saluran televisyen.

Yusuf yang memuat naik video tersebut di aplikasi TikTok kemudian menerima kecaman ramai susulan tindakannya itu.

Berang dengan tindakan penyampai radio itu, terdapat juga sebilangan individu mendesak agar majikan kepada Yusuf mengambil tindakan sewajarnya sebagai langkah pengajaran di masa depan.

Post a Comment

Previous Post Next Post